Pada tanggal 21-25 April 2008 yang lalu, Sekretariat Majlis Kecergasan Kebangsaan telah menganjurkan Kursus Lanjutan Instruktur Kecergasan NFC (Senamrobik) peringkat kebangsaan 2008 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Seramai 38 orang peserta yang telah menyertai kursus tersebut. Kursus tersebut telah dikelolakan oleh 2 orang jurulatih iaitu Puan Mastura Johar dan juga En. Yazid Abdul Rani serta seorang pembantu jurulatih iaitu Azzura Kamaruddin yang telah ditauliahkan oleh NFC.